|
![]() |
|
PROGRAM BANTUAN PENGAJIAN UNTUK ASNAF FAKIR DAN MISKIN
PENGENALAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Program Pembangunan Pendidikan merupakan agenda utama Kolej Antarabangsa Excel dalam membantu anak asnaf maju dalam pendidikan. Pendidikan merupakan aset yang mampu mengubah kehidupan anak asnaf agar tidak mewarisi kemiskinan keluarga dan mampu berjaya dalam kehidupan. Melalui program ini juga, membuka peluang kepada anak-anak asnaf terutamanya anak asnaf fakir dan miskin untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi serta bebas daripada buta huruf. Bagi anak asnaf fakir dan miskin yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), LZS (MAIS) menyediakan bantuan pembiayaan yuran pengajian. LZS (MAIS) juga menyediakan bayaran pendahuluan persediaan pendaftaran dan peralatan keperluan pendidikan (antaranya peralatan kelengkapan kepada pemohon merangkumi pendaftaran, buku rujukan, pengangkutan, sewa penginapan, cermin mata, komputer riba, keperluan lain yang diwajibkan oleh IPT dan Sumbangan Program Kelab mahasiswa asnaf). Selain itu, LZS (MAIS) juga, membiayai perbelanjaan elaun untuk sara hidup (wang saku) secara bulanan. LZS (MAIS) juga membantu pembayaran yuran pengajian anak-anak asnaf yang melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh MQA Malaysia. |
UNTUK CALON ASNAF SAHAJA
PELUANG untuk yang gagal mendapat tawaran iPTA melalui UPU?. Jangan putus asa dan jangan gusar. Kami sedia membantu merealisasikan impian anda kemenara gading...
|
|
Warga Jepun cemerlang SPM
Langkawi : Seorang pelajar warga Jepun Saaya Harada, 18, membuktikan kejayaan pasti menjelma sekiranya berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti jemu. Gadis berkenaan yang menjejakkan kaki ke negara ini tanpa boleh bertutur bahasa Melayu mampu memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang yang kini boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah calon tunggal sekolah itu yang mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil. Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Yamaguchi, Jepun itu tiba di Langkawi pada 2007 kerana mengikut ibu bapanya yang bekerja di sini. "Saya langsung tidak boleh bercakap sepatah pun bahasa Melayu tapi sekarang gembira apabila lulus cemerlang dalam bahasa itu dalam SPM. |
"Kejayaan ini amat menggembirakan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang perubatan," katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan SPM di sekolah itu, hari ini.
“Saya memperoleh A+ dalam Matematik, manakala bahasa Melayu, Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi (A) dan Pendidikan Moral serta Fizik (A-),” katanya.
“Saya memperoleh A+ dalam Matematik, manakala bahasa Melayu, Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi (A) dan Pendidikan Moral serta Fizik (A-),” katanya.
|
|
|
|
Jangan lepaskan peluang ini!! Tempat adalah terhad. Anda dijemput hadir ke sesi Hari terbuka yang dijadualkan dibawah. |
|||
TARIKH |
MASA |
LOKASI/TEMPAT HARI TERBUKA |
KAUNSELOR |
08 APRIL 2017 (Sabtu) |
10 pg – 01 ptg |
Tn Hj Mohamad bin Ismail |
|
15 APRIL 2017 (Sabtu) |
10 pg – 01 ptg |
Tn Hj Mohamad bin Ismail |
|
22 APRIL 2017 (Sabtu) |
10 pg – 01 ptg |
Tn Hj Mohamad bin Ismail |
|
29 APRIL 2017 (Sabtu) |
10 pg – 01 ptg |
Tn Hj Mohamad bin Ismail |
YURAN PENGAJIAN DAN BIASISWA DISEDIAKAN
PENGAMBILAN BARU
Sebarang maklumbalas, pertanyaan atau kemusykilan berhubung dengan kami. Sila isi borang di bawah. Kami akan mengambil tindakan yang segera untuk membantu anda. |
Tarikh Tutup Permohonan Dan Pendaftaran -
31 OCT 2017 Tawaran Biasiswa Sarjana Muda U.K
Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran pengajian Sarjana Muda U.K sehingga maksimum RM60,000.00 bagi setiap ANAK ASNAF semasa tempoh pengajian dengan Kolej Antarabangsa Excel selepas tamat program pengajian Diploma.
Sila Hubungi: Tuan Haji. Mohamad bin Ismail (Program Kauseler) Excel College @ Millennium City Campus Address: Lot 1-020 & 1-021, Level 1, Millennium Square, No. 98, Jalan 14/1, Petaling Jaya, 46100 Selangor. Hubungi. Phone No: 012-327 9040 WhatsApp ID: Mohamad Ismail WhatsApp NO: 017-3574775 Fax No: 03-7931 2888 Email : [email protected] atau BAHAGIAN PENGURUSAN PELAJAR. Cik Siti Zabedah : Phone No: 016-559 9274 E-mail : [email protected] Cik Adibah Mohamad : Phone No : 017-537 6887 E-mail : [email protected] |
|
Copyright © 2011 Golden Way Resources